BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 January 2011

CNY!!! ^_^

Chinese New Year...Yeayyyyy!!!!!!!!!! ^_^


At last...CNY berulang kembali & aq telah merasakn gerbang kehangatannya...Cewahhh, ayatt!!! Hahahaha....Anyaway, aq ade sedikit story aq nk cite kat cni...Bout my lovely day 2day...:)

Seperti biasa pd pkul 8.30pg aq brtolak prgi ke kolej ku yg trletak xjauh dr hostel aq dgn brjln kaki...Sampai jer kat kolej, lecturer xdtg ag...Xpe, aq n bdk kls aq pon tggu lg la...smpai kul 9.50pg baru la my beloved lecturer 2 sampai...Rupa2nyer dia lambat sbb traffic-jam...Ciann die...Ish3...Lps die dah settle down, kitorg sume prepare utk presentation kitorg hr nie...Tp malangnyer, Hafiz, salah sorg bdk group aq xdtg...So trpaksa r kitorg present tnpa die...Semasa group kitorg present, at least dpt menarik attention lecturer & all my beloved frenzz kat kls 2...

Few minutes after that, presentation group aq pon selesai...Die pny rs lega, hny Tuhan jela yg tau...Dlm ht aq, "Thank God!!!"...:P

Ptgnya lak, tepat kul 4.30ptg bf aq kol nk dtg jmput aq utk htr aq ke KTM kat Bangi...xsbr rs hti nie nk lek 2 my hometown...tepat kul 7ptg aq pon sampai r kat KTM Seremban...Happynyerr!!!! & Now it's time 2 enjoyy 4 this coming CNY!!! Yeayyy!!! ^_^

27 January 2011

Sambung Pengajian di Peringkat Ijazah!!

4 Januari...


Bermula la hari ku sebagai seorang "student".Aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian ku di sebuah kolej swasta (Binary University College). Aku mengambil jurusan BA (Hons.) in Entrepreneurship di sini selama 2 tahun di Puchong Business Park.

Pada mulanya aq sangkakan kehidupan di sini amatlah rumit kerana di sini memang sangat2 sesak.Especially time2 waktu orang balik keje (4.30 - 7.00p.m.). Mujurlah aku tabah & cekal kan jua hati ini untuk meneruskan sisa2 hidupku di sini hingga lah aku menamatkan pengajianku di sini.

Di sini suasana sangat sibuk & aku merasa kesunyian yang amat sangat memandangkan bez frenz aku (Nurizzati) pon tiada bersama2 denganku di sini kerana selalunya di kolejku sebelum ini kemana jua aku pergi, dia mesti ada bersama. Tetapi kini masing2 membuat haluan masing2 & aku pula mengambil keputusan untuk menyambung pengajianku di sini.

Di sini aku menyewa sebuah apartment (Sutramas) yang mana kebanyakan studentnya ialah student daripada kolejku & sebahagiannya pula ialah orang awam. Aku tinggal bersama roommate aku yang berasal daripada Sabah (Caroleca), juga salah seorang senior aku di sini. Tetapi aku dapat bergaul mesra dengannya kerana dia seorang yang sangat baik & ramah. Tinggal bersama2 denganku di dalam rumah ini ialah seorang pelajar India & juga Negro. Mereka berdua amat baik tetapi lucunya mereka xbanyak cakap & banyak menghabiskan masa di dalam bilik, study, like 24/7. (^_^)

Setelah hampir sebulan aku menetap di sini, beransur2 aku telah dapat menyesuaikan diriku di sini. Kebetulan di kolej ku ini pelajar Melayu boleh di kira dengan jari bilangannya. Tetapi nasib ku baik kerana aku sempat berkenalan dengan pelajar Melayu & juga pelajar senior ku di sini (Hafiz, Eja & Maria) kerana mereka bertiga juga mengambil kos yang sama dengan ku di sini tetapi bezanya mereka telah hampir menamatkan pengajian mereka di sini memandangkan mereka telah pon berada di tahun ke-3.

Aku juga telah berkenalan dengan berbagai2 student lain di sini yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar asing, India & juga Cina. Senior & juga student2 di sini amat ramah walaupon terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa & juga agama. Ini juga salah satu perkara yang amat aku puji dengan pelajar2 di sini kerana mereka amat ramah & baik dengan pelajar lain tidak mengira bangsa ataupon agama. (^_^)