Hari ni sumenya berjalan dengan lancar...kami pergi agak lewat sedikit ke kelas dan meneruskan pembelajaran kami...tetapi sewaktu sesi pembelajaran yang kedua, tiba2 sedang aku, Syida, Farah Afiqah dan Zati sedang berborak sakan, Syida didatangi dengan satu panggilan telefon daripada abangnya, Abang Sili...
Dengan xsemena2nya muka Syida berubah dan terus menangis...ketika itu kami berempat di dalam kelas...rakan2 kami yang lain pon melihatkan keadaan Syida dan ekspresi dan reaksi yang sebegitu rupa terkejut dan bertanyakan hal mengapakah Syida berkelakuan sebegitu rupa...rupa2nya Syida dikejutkan dengan satu berita buruk daripada abangnya mengenai keluarganya...
Aku dan Zati pon merasa simpati di atas kesedihan yang menimpa diri Syida...kami sebagai kawan satu rumah dan teman yang boleh dikatakan rapat juga dengan Syida cuba menenangkan Syida yang memang pada ketika itu sudah tidak dapat mengawal perasaannya...
Setelah sesi kelas kedua kami itu berakhir, kami pon pulang ke rumah...Syida masih lagi bersedih dengan berita yang baru sahaja didengarinya itu...tetapi setengah jam kemudiannya Syida kembali normal semula dan sudah boleh mengawal perasaannya itu...
Moral daripada kejadian yang berlaku pada hari ini betul2 membuatkan aku membuka mataku semula dan beristighfar bertaubat kepada-Nya supaya Dia selalu memberikan dan mengurniakan aku hidayah-Nya...Subhanallah...
14 October 2009
Hari Yang Agak Bosan dan Menyedihkan...
Posted by rArA~b3rry at 2:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment